Pengenalan Baitus Sakinah

PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah, (PPM-016-10-17042014) adalah sebuah pertubuhan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan pendaftarannya pada 17 April 2014 yang bermatlamat menaungi dan membela kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat) berumur antara 7 – 18 tahun seramai 20 orang. Di bawah pertubuhan ini terdapatnya dua buah asrama Pusat Jagaan Baitus Sakinah Hidayah.

Asrama Pusat Jagaan Baitus Sakinah Hidayah adalah sebuah pusat jagaan berasrama. Di atas rasa keperihatinan untuk membela golongan asnaf disudut pendidikan dan kebajikan maka, pihak kami memulakan operasi dengan pendaftaran baharu pada bulan Oktober 2013 dengan menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat di Kota Warisan yang beralamat Kota Warisan, Sepang.


Alamat :

No 111, Jalan Warisan Indah 8/6, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
https://goo.gl/maps/9S6aahu9JYU2
Tel : 010-5081997

.


.

.

Sijil Pendaftaran ROS

JUSTIFIKASI

Sejarah telah membuktikan bahawa di mana Rasulullah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim. Malahan kebanyakan orang Tuhan  seperti Rasul-rasul dan nabi-nabi sejak kecil lagi dipisahkan daripada ibu dan bapa.Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu bapa selalunya bersandar semata-mata dengan ibu dan ayahnya menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan.

Oleh kerana itulah maka orang Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan bapa supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan.Kalaupun ibu dan bapanya tidak mati seperti Nabi Yusuf tetapi dia tetap terpisah daripada ibu dan bapanya selama 40 tahun. Malahan para Imam, seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah daripada ibu dan bapanya semenjak kecil lagi. Oleh itu menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.

   Sabda Nabi Muhammad S.A.W : “Sedekah itu lebih tajam daripada doa” – maksud hadis